Thursday, October 27, 2011

Sabah V2 Part II

ohkey.. ni sambungan yg post sebelum ni ye...

we spend the 1st night in Sandakan. Besoknya, pagi2 lagi around 7, after breakfast, we took an express bus to Kota Kinabalu. It took us 6++ hours to reach KK.

dr stesen bas nak ke bandar KK, kene naik bas mini plak

Sampai je KK, we straight go for lunch and hotel hunting. Banyak jugak hotel yang kami cari.. looking for the cheapest la (nama pon backpacking). Selepas dekat sejam setengah dok jenjalan, riki2, yg the boys dok ngorat2 frontlines hotel tu, akhirnya dapat gak la bilik. check-in je bilik, the girls bantai tido. the boys dok rehat2 jap then keluar pegi Pasar Phillippines. The Girls decided not to follow, sbb saya terasa nak potong fringe saya yg panjang dan menutup mata tu... so, we (the girls) pegi kat mall berdekatan merempuh hujan yg sangat lebat, cari kedai gunting rambut and wallah, my fringe cut short!! in fact too short!!!

see dat? pendek tau.. ni kalau kering lagi pendek... pasrah~~

Selain dari nak potong rambut, Lynn is looking for cobbler. Sbb beg sandang dia putus sebelah. Puas la dok memusing kat kawasan tu. sume dah tutup pulak. dah la ujan lebat. baru kul 6 dah tutup. but, lupa pulak, we are in Sabah. Time is not tally sangat mcm semenanjung. Last2, lynn beli sewing kit kat Watson's. Sudahnya, meks jugak yg dok menjahit beg dia. hahahahah, ok la jugak wpun sangat hodoh jahitan tu. yang penting tahan sampai balik KL la!!! Amazing!!! We dont spent much valuable time kat KK sbb hujan and hujan. Malam tu, sume tido awal.

3rd day, pagi tu lepas check-out je, kami tgk Ben (cousin Mr D) dah tggu kami kat kaunter hotel tu. Rupanya the boys dah gerak dulu ke jeti sbb nak survey tiket bot ke Labuan. So, kami breakfast dulu and then panggil teksi sbb the boys tinggalkan beg diorg kat hotel je. kami la yg kene hangkut.

ni la si Ben, cousin Mr D

Sampai kat jeti, beli tiket ke Labuan. Gerak kul 8:00 pagi ye. Rupanya the boys tu lom beli tiket sbb xcukup duit.. chaittt!!! lepas beli tiket, the boys g sarapan, the girls dok sebok posing kiri kanan Jeti Jefferson tu. Pemandangan kat situ cantik. Rasa cam duduk kat Miami (berdoa dpt g new york and miami).

muka masing2 sembab2 bangun tido. hahahhahaah

Sampai je Labuan around 11 pagi, kami cuba la riki tiket utk ke Brunei. Cadangnya Labuan hanya tempat persinggahan sebelum ke Brunei. Tiba2!!! Tiba2 tiket kaunter tu ckp, xde bot g Brunei dah. Last skali pagi tadi. So, kami terpaksa spend 1 malam kat Labuan. Kami, the girls dok sebok borong chocolate! HEAVEN!!!

Kami teruskan perjalanan cari hotel, check in and terus keluar g jalan2 kat Labuan. haaaa, ni la hari yg mana saya rasa jalan2 paling xbest. ni dah kira bukan jalan2, ni dah macam merentas desa... kami ke semua tempat jalan kaki okke!!!

muka happy sebelum nanges sbb jalan jauh sangat

We went to Labuan Muzium and a few places yg ade kat Labuan tu. And trust me, jalan kaki mmg xdigalakkan. Sangat penat especially masa kami pergi tu mmg hot weather along the way la...



Pastu kami pergi Muzium Laut Labuan. dr bandar ke Muzium Laut Labuan tu mengambil masa almost 1 hour
. Fuhh, mmg x larat. Me, Abg Haafiz and Yatt jalan last skali. sbb penat sangat, kami dok la landing2 kat padang2 berhampiran mengambil gambar. Lynn and Mr Bdin dah tersadai kat kerusi taman tu. Boy, Ben, Mr D and cousin Mr D (girl) dah selamat sampai.

ni kezen Mr D
Sampai satu taham, Mr B dah nak tahan teksi utk hantar g Muzium tu walaupun jaraknya tinggal 50 meter je lagi. x pasal2 kene gelak ngan driver teksi tu.. hahahah... Anyway, kami yg ketinggalan ni, gagahkan diri jugak jalan smp ke muzium. xde ape pun kat sana... cuma hidupan2 laut je la.. layankannnnnn...

ni rangka ikan paus ye anak2...

Dah penat tgk menatang2 laut ni, kami dok la lepak tepi laut. tapi nak jalan tepi laut tu mmg x larat la. panas yang amat. Then, kami pegi dinner dekat restoran manja rasa (grilled steamboat). wahhhh, terus semangat!!! kami customer 1st utk hari tu. baru kul 5 dah sebok nak dinner... hahahahah, hello.. banyak tenaga abes masa jalan kaki tau!




so, we end our 3rd day in Labuan.... malam tu tido mmg nyenyak sbb sume penat kan.. hahahahah...

day 4, pukul 7 pagi dah ready kat jeti utk ke Brunei. wahhh, excited. bertambah lagi cop kat passport. weeha!!

Then pagi2 lagi kami dah berteleku kat jeti menunggu bot ke Brunei. Sebenarnya cuak jugak nak masuk Brunei, sbb Mr D punya passport hanya valid less than 6 months. Kami lepas inspection kat Labuan, but berdebar2 plak tggu imigresen Labuan. It took us about 2.5 hours to reach the country. Mr D memulakan taktik kotor dia.. hahahha. Bila smp je kat imigresen Brunei tu, dia buat2 tanya soklan kat pegawai tu utk mengalihkan fokus pegawai tu dr passport dia.. hahahah, the best thing is taktik tu menjadi pulak!!! so dia selamat menjejak kaki di Brunei!!! Hurrah!!! Semua selamat!!!

Sesampai je kat Brunei, the boys riki2 tiket balik Miri. Cadangannya nak balik petang la and xnak stay kat Brunei. However, diberitahu oleh penjual tiket yang tiada pengankutan yg akan keluar dari Brunei pada hari itu (Jumaat) sbb semua bekerja separuh hari.

Ayarks... kami pun pening kejap.. then, amek bas pegi bandar. Sampai je bandar tu, tanya kat org2 disana tempat makan murah. wahhhh, nasi katok!!! yes, nasi katok namanya. RB2 sahaja dan kita akan dapat nasi putih + ayam goreng + sambal + air mineral. kalau nak tambah sayur, kene tambah duit 50sen. kira murah jugak la kan. Then, kami berjalan kaki, smp la kat tepi jeti kecik yg menghubungkan bandar tu ngan perkampungan air. kami makan kat jeti tu je.. dah macam org terbuang pon ye jugak.

sambil makan, sambil pening nak carik hotel. semua mahal2... aishhhh.. lama gak bertapa kat jeti tu. tetiba ade satu pakcik tu sangat baik dok borak2 ngan kami, then offer kami stay rumah dia... auwwww!!! how lucky are we? lucky enuff kan? hahahah.. The boys x putus asa, try jugak carik hotel sbb segan plak nak menysahkan pakcik tu. masa diorg pegi carik hotel, pakcik tu balik rumah dia seberang sungai naik sampan tp tetap bagi kami alamat rumah dia.

after a while, the boys xjumpa jugak hotel, few of us including me, pegila rumah pakcik tu. while the others continue the search utk carik hotel. rumah pakcik tu mmg sangat besar la.. quite nice.. atas air. but, dapat rasakan anak2 dia xberapa senang ngan kehadiran kami. masa kami datang, pakcik tu pegi sembahyang jumaat. dekat sejam tggu dia, last2 dia smp. dia insist kami stay but we have to say no sbb segan ngan anak2 dia. apapun, kami takkan lupakan jasa baik pakcik tu yg sanggup menumpangkan kami walaupun kami ni orang asing bagi dia...

sesampai kat jeti Brunei!! WE made it!!!

ni la pakcik yang sudi menumpangkan kami di rumah dia...

kami teruskan perjalanan cari hotel. the boys ask lynn and i to just wait at a bus station and look after their bags while they are searching for the hotel. well, dua gadis kat bust stop, ape lagi... camwhoring la... tgh dok buat muka2 bodo amek gambar, skali ade keta berhenti n ask for our phone no. hahahahha... x salah nama dia AZ. a bit scary la.. tp amik jugak phone no dia. i gave mine, but i never answer when he called and never replied to his sms. sorry...

ni la no fon AZ tu.. sape nak?

kesimpulannya, the boys sebok carik 'kurma' (awek), dok susah payah la kejar sana sini, end up kami kat bus stop pon jadik la.. ade gak peminat.

at 1st takut jugak tgk AZ tu, rupanya the boys dok usha dari jauh, kalau2 AZ tu wat bukan2 diorg ckp baru diorg dtg dekat.. hahahahha

ni la station nasi katok. banyak org jual nasi katok kat Brunei ni.

akhirnya the boys jumpa jugak hotel tu. so, we stay for a nite in Brunei. Malam tu jalan2 kejap, then balik tido. for me, x byk yg menarik pon kat Brunei selain dr bersih dan pemandu yang berhemah. all the driver will stop instantly when the pedestrians steps on the zebra crossing. seriously!!! kat malaysia, lagi laju driver tekan minyak!!!

Besoknya (our last day), pagi2 lagi kami amek bot pegi Labuan. kemudian dari Labuan, naik bot lagi ke Menumbok. Trip to Miri terpaksa dibatalkan. Cadangnya nak pegi naik bot ke Menumbok then dari situ naik bas express ke KK. Sampai je kat Menumbok, bas belum boleh jalan. Then kami rehat kejap, makan megi. Last2 kami decide naik teksi sewa je ke KK.

Bot dari Labuan ke Menumbok. Sakit pinggang dehhhh...

Dari Menumbok ke KK amik masa lebih kurang 3 - 4 jam. Sampai je kat KK, terus pegi ke Pasar Philippines, borong kuih cincin (myself la). yang lain2 bukan main banyak borongnya... amboiii...

backpackers in the making...

Selepas habis shopping, g lunch utk terakhir kalinya di Sabah, then amik teksi, shoot to airport and say GOODBYE SABAH!! Till we meet again...

its been a good trip!! =D

No comments:

Post a Comment