Salam....
Ayah.. sinonim dengan panggilan utk org tua kita.. tp bg aku, ayah adalah pakcik aku... and today, 21112011, i lost him... dia pergi menghadap Illahi dalam aman...
Pagi ni, aku terjaga pada pukul 6.29 pagi. terpinga2 dan tersentak terjaga sbb ingatkan dah terlambat bangun. Aku set jam pukul 6.30 utk bangun Subuh dan bersiap pegi keje. Time tgh belek2 phone, tiba2 adik aku, Ayu, gegar gril pintu bilik aku sambil jerit 'kakak.. kakak, bangun...'... 'kakak, ayah dah takde...' dia jerit sambil nangis. i was not sure at that time. i was waiting for her to shout again as i am so sure that i heard she scream 'kakak, bapak dah takde...'. i took a deep breathe from the 1st shout, then i listen carefully... and true, its Ayah.. not Bapak. I was so shocked and cried instantly... i dont know whether it was because its not bapak or whatever the reason. but, i do relieved when Ayu said its Ayah but im still deeply sad as Ayah is the next best thing after bapak (father figure) to me.
Ayah, seorang yang sangat pendiam.. tp mudah tertawa dan senyum.. orangnya kurus. garis2 tua jelas diwajahnya. seorang yang kuat... dia berbasikal ke sana ke mari. dialah yang menunggu anak2 dia balik setiap malam. selagi mereka belum sampai, dia xkan tido... ayah, dia ade asthma.. quite serious.. tp jarang dia mengadu sakit... ayah....... kenapa diam je...
Semalam, Ayah pergi kenduri sunat cucu jiran dia. makngah ckp ptg tu ayah pergi mintak ubi kayu kat kawan ayah, katanya teringin nak makan... balik tu, mak ngah ajak pergi kerduri lepas maghrib. sementara tunggu ayah bersiap, mak ngah rebuskan ubi tu. ayah abiskan 4 ketul kata makngah. terus mereka pergi kenduri. ayah makan banyak malam tu. 5 cucuk sate kambing dan nasi impit. ayah jarang makan banyak. diorg berborak smp pukul 12. rancak ayah berborak malam tu. makngah pun xberganjak dari tepi dia.
balik kenduri, ayah sesak nafas. katanya belakang badan dia sakit. dia mintak makngah urut. masa tgh urut ayah, cucu diorg, apis datang cari nenek dia. nak tido sama. ayah ckp, tidokan la apis dulu. makngah tidokan apis smp dia sendiri terlelap. dlm pukul 1230, kak long ckp, apis lari masuk bilik dia. masa tgh kejar apis, dia nampak ayah tgh pam inhaler. semput ayah datang lagi. ayah pandang kak long tp xckp apa2. ayah masuk bilik dan tido sebelah mak ngah. entah bila ayah keluar dari bilik, makngah tak tau. sedar2 pukul 5 pagi, makngah terjaga dan xnmpk ayah kat sebelah dia. makngah keluar bilik dan nmpk ayah tido kat tangga sebelah bilik. bila dipanggil, ayah x menyahut. makngah pegang ayah, badan dia dah sejuk. ayah dah pergi..... tanpa sesiapa pun sedar.... dengan inhaler ditangan... ayah sesak nafas ye.....
ayah pergi selepas Ana (angah) dapat kerja. hari tu hari pertama Ana kerja. kata ana semua berkat doa ayah. masa ana balik kerja, ayah senyum je. suka agaknya ayah... pastu ayah perasan kaki ana bengkak. mungkin sbb byk berdiri. ayah nak urut, tp ana ckp xpe, xsakit pun...ptg tu jugak, hari pertama rumah ayah dipasang Astro oleh Erny (4th). Ayah sempat tgk bola kat Astro tu dan ayah menunggu nak tgk wrestling. Suka betol ayah masa tu... Ayah pergi lepas minum sesudu ubat yg Isur (3rd) beli. Monavie yang Isur beli 2 botol utk ayah pon dah hampir habis sebotol. ayah pergi lepas merasa ubi rebus yang mak ngah buat... ayah senyum je.. tp xsiapa tau, ayah pergi lepas tu... Ayah pergi lepas dia merasa sikit2 apa yang diberi oleh anak2nya... ayah bukan orang senang... ayah byk berjimat... ayah tukang kayu yang hebat... ayah seorang yg lemah lembut. baik orangnya.... ayah yang akan dirindui selalu....
ayah, siapa nak bagi usie duit raya lagi....? ayah, maafkan segala salah silap usie....... ayah, haritu usie nampak orang naik basikal tepi jalan. usie ingatkan ayah, bila tgk lama2 bukan ayah... ayah, usie patut talipon ayah masa tu..... ayahhhhhhhhh....... usie dah takde ayah dah.....
ayah, semadilah kamu disana dengan tenang. kami sentiasa mendoakanmu, Ayah...
ayah, kami akan cuba jaga famili ayah... ayah jangan risau ye... kami semua ada....
in memory of Ayah, Mr Nurdin bin Ahmad